The Purge: Anarchy (2014)

IMDb
A young couple works to survive on the streets after their car breaks down right as the annual purge commences.

Genre
Action | Horror | Thriller

Al-Kisahnya


Filem ni mengisahkan Hari Tahunan Pembersihan/Pembasmian tahun 2023 yang diluluskan oleh kerajaan Amerika Syarikat dan merupakan usaha New Founding Fathers (NFF) dalam menurunkan kadar jenayah dan kemiskinan di negara itu. Tempoh masa yang diberikan adalah selama 12 jam bermula siren berbunyi dan segala aktiviti jenayah dibenarkan buat sementara waktu. Selain tu, segala bentuk bantuan perkhidmatan cemas macam medic, polis, bomba dan lain-lain digantung, sehingga habis tempoh Purge bersama siren terakhir. Purge jugak ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi, macam jenis senjata tak boleh melanggar piawaian yang kerajaan tetapkan.


Biar aku terangkan sikit tentang filem The Purge: Anarchy ni sebelum korang tengok. Cerita ni ada dua cabang jalan cerita dan menjadi satu. Salah satu cabangnya adalah bermula dengan watak Eva. Eva bekerja sebagai waitress dan tinggal bersama anak perempuannya bernama Cali & bapak dia bernama Rico. Diorang bertiga tinggal bersama dalam satu rumah apartment. Beberapa jam sebelum Purge berlaku, Rico senyap² keluar dari rumah atas alasan tertentu tanpa beritahu Eva & Cali. Sampai waktu Purge bermula, Eva & Cali terkejut yang bapak dia dah tak ada dan keluar dari rumah tu. Lepas tu ada beberapa insiden berlaku, sampailah ada sekumpulan orang yang berpakaian lengkap keselamatan datang nak heret Eva & Cali keluar dari rumah. Eva & Cali cuba melawan dari ditahan hidup² dan tak rela mati sebagai mangsa Purge. Jadi diorang pun dapat diselamatkan oleh seorang lelaki yang bernama Sergeant.


Cabang kedua pulak, kisahnya melibatkan pasangan kekasih Liz & Shane yang telah disabotaj oleh sekumpulan bertopeng untuk dijadikan mangsa Purge. Kereta yang diorang bawak rosak tengah jalan & berlaku beberapa minit sebelum Purge berlaku. Tak pasal² diorang diekori sekumpulan bertopeng dan diorang terpaksa berlari untuk cari tempat yang selamat. Sampai waktu Purge bermula, diorang tengok kekejaman sekumpulan tu buat jenayah depan mata & diorang terus jadi lagi gelabah. So Liz & Shane pun berlari sampailah diorang menyorok dalam kereta yang tak berkunci. Sekali rupa-rupanya kereta si Sergeant.



Dua cabang cerita ni bergabung menjadi satu dengan adanya watak Sergeant. Sergeant ni seorang anggota polis yang menyimpan dendam dengan seorang lelaki ni. Jadi waktu Purge bermula, dia siap dengan segala kelengkapan untuk pergi buru orang yang dia kehendaki tu. Segala jenayah kekejaman yang dia nampak, semua tak diendahkan. Sampailah dekat satu lorong dengan lori besar panjang, nampak Eva & Cali tengah bergelut dari anggota² berpakaian lengkap tu. Sergeant cuba tak nak masuk campur, tapi keadaan membuatkan dia nak bantu diorang, dia pun senyap² datang & tembak semua anggota dekat situ. Dalam waktu tembak-menembak berlaku, si Liz & Shane pulak senyap² menyorok dalam kereta Sergeant. Jadi, lepas Sergeant dapat selamatkan Eva & Cali, dia offer diorang untuk masuk dalam kereta. Sekali, terkejut beruk Sergeant, nampak orang yang tak dikenali (Liz & Shane) ada dalam kerata. Keadaan menjadi tegang sampailah Sergeant terpaksa mengalah untuk bawak kereta dengan Eva, Cali, Liz & Shane, sebab sekumpulan bertopeng tengah menghala ke arah diorang & salah sorang anggota dekat lori tadi cuba nak tembak.



Jadi disinilah bermulanya cabaran dan dugaan yang perlu diorang tempuhi. Diorang yang tak mahu terlibat dalam Purge pun terpaksa mengharungi dengan rasa takut & pasrah. Sergeant terpaksa menjaga keselamatan diorang & asalkan misi Sergeant dapat dilaksanakan, iaitu mencari lelaki yang dia kehendaki tu.


Adakah diorang semua selamat?
Siapakah sekumpulan anggota berpakaian lengkap keselamatan tu?
Siapakah sekumpulan bertopeng tu?
Kenapa Liz & Shane, Eva & Cali jadi mangsa Purge yang dikehendaki?
Apakah sebab Sergeant nak cari lelaki yang dia kehendaki tu?

Nak lebih lanjut silalah tonton ya!



Dah tengok atau Nak Lagi Details :

No comments:

Post a Comment

Bagi Feedback Korang! :D