A Walk Among the Tombstones (2014)

IMDb
Private investigator Matthew Scudder is hired by a drug kingpin to find out who kidnapped and murdered his wife.

Genre
Action | Mystery | Crime

Al-Kisahnya


Cerita ni pasal Matthew Scudder seorang penyiasat persendirian yang diupah oleh tokan dadah untuk mencari siapa penculik & pembunuh isterinya. Cerita ni jugak berlatar belakang-kan zaman 90an (1991-1999) dekat New York. Asalnya Matthew adalah seorang polis detektif dan kemudiannya dia tarik diri dari berkhidmat. Bermula di satu kedai ketika tahun 1991, Matthew datang untuk minum alcohol sekejap & tiba² ada penjenayah tembak pekerja kedai tu atas tujuan nak merompak. Jadi Matthew pun terpaksa la bertindak tanpa arahan atas tujuan nak tumpaskan penjenayah tu. Dua orang penjenayah mati ditembak & seorang lagi berjaya ditangkap hidup-hidup. Namun sejak hari tu, ada ‘insiden’ yang membuatkan Matthew menyesal untuk terus berkhidmat sebagai polis.


Lapan tahun berlalu (1999), Matthew kerap ke gereja & menyatakan dia dah lama tinggalkan alcohol. Lepas tu seorang lelaki bernama Howie datang nak request sesuatu. Dia tak nak cakap pasal apa, tapi dia nak Matthew jumpa abang dia, si Kenny. So dia pun pergi jumpa dekat rumah abang dia. Kenny mintak tolong dekat Matthew untuk siasat & cari siapa yang culik dan bunuh isteri dia. Kenny offer 20k terus untuk tolong cari siapa, tapi disebabkan Kenny ni tokan dadah, Matthew menolak. Kenny tak paksa tapi slow-slow dia harap simpati dari Matthew sampai sanggup tunggu dekat depan pintu rumah dia & akhirnya Matthew sudi dengar cerita dia dengan lebih lanjut. Dipendekkan cerita, Matthew pun bersetuju.

Lepas tu ada macam² la kisahnya, jumpa budak bernama T.J yang selalu lepak library yang akhirnya jadi partner siasatan, track-back kematian yang berkaitan dan sebagainya sampai jumpa. Kenapa dapat trace sebab cara pembunuhan dia sama dengan mangsa-mangsa seterusnya. Jadi itu menjadi satu clue untuk diorang siasat sebab cara pembunuhan dua orang penjenayah ni sama. Diorang cincang² dan potong banyak bahagian & asingkan dalam plastik. Lepas tu diorang campak dekat kubur atau mana² intended places yang diorang nak. Mangsa sememangnya perempuan yang ada kaitan dengan tycoon dadah macam isteri, couple dan lain². Tujuannya adalah untuk dapatkan wang tebusan sebab orang yang tokan dadah ni kan kaya.


Menarik? Ke tak menarik? sila la tonton ikot selera masing² ok.


Dah tengok atau Nak Lagi Details :

No comments:

Post a Comment

Bagi Feedback Korang! :D