Showing posts with label Horror. Show all posts
Showing posts with label Horror. Show all posts

Annabelle (2014)

IMDb
A couple begin to experience terrifying supernatural occurrences involving a vintage doll shortly after their home is invaded by satanic cultists.

Genre
Horror

Al-Kisahnya


Filem seram ni bermula dengan pasangan suami isteri, Mia & John yang rajin ke gereja. Jirannya Sharon & Pete Higgins pun ada sekali bersama dalam gereja. Ketika tu Mia tengah sarat mengandung & semuanya tak sabar menantikan kelahirannya. Sebagai tanda sayang dan cinta John terhadap Mia, dia pun belikan patung sebagai hadiah & patung tu adalah Annabelle. Mia seorang yang suka menjahit dan suka kumpul anak patung atau dolls. Jadi Mia sangat teruja dan gembira sangat dapat hadiah dari suami tercintanya.

The Purge: Anarchy (2014)

IMDb
A young couple works to survive on the streets after their car breaks down right as the annual purge commences.

Genre
Action | Horror | Thriller

Al-Kisahnya


Filem ni mengisahkan Hari Tahunan Pembersihan/Pembasmian tahun 2023 yang diluluskan oleh kerajaan Amerika Syarikat dan merupakan usaha New Founding Fathers (NFF) dalam menurunkan kadar jenayah dan kemiskinan di negara itu. Tempoh masa yang diberikan adalah selama 12 jam bermula siren berbunyi dan segala aktiviti jenayah dibenarkan buat sementara waktu. Selain tu, segala bentuk bantuan perkhidmatan cemas macam medic, polis, bomba dan lain-lain digantung, sehingga habis tempoh Purge bersama siren terakhir. Purge jugak ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi, macam jenis senjata tak boleh melanggar piawaian yang kerajaan tetapkan.

As Above, So Below (2014)

IMDb
When a team of explorers ventures into the catacombs that lie beneath the streets of Paris, they uncover the dark secret that lies within this city of the dead.

Genre
Horror | Thriller

Al-Kisahnya 


Menurut makcik IMDb, sekumpulan explorer masuk ke dalam catacombs (kubur bawah tanah) yang berada di bawah kota Paris telah menemui satu rahsia jahat. So basically cerita ni pasal seorang wanita bernama Scarlett yang sangat minat dengan dunia pencarian misteri atau harta-harta dunia yang tak pernah disingkap lagi. Scarlett ni was driven by bapak dia, yang sama juga minat dengan pencarian harta misteri ni. Apa yang dikejarkan Scarlett ni adalah pencarian philosopher stone, atau lebih detail lagi adalah Batu Flamel or Flamel Stone. Bapak Scarlett dah lama mengkaji dekat mana boleh jumpa Flamel Stone ni sampai dia mati. Jadi Scarlett ni nak teruskan perjuangan bapak dia & nak sambung pencarian dia sampai jumpa. Menurut sejarah, tak pernah orang jumpa Flamel Stone dan mungkin batu ni hanyalah rekaan semata-mata dan selain tu, siapa saja yang terlibat dalam pencarian Flamel Stone ni, tak pernah hidup dan tak akan terungkai sampai bila-bila.