Merungkai persoalan terhadap karya penulis skrip dan imaginasi pengarah.
Annabelle (2014)
IMDb
A couple begin to experience terrifying supernatural occurrences
involving a vintage doll shortly after their home is invaded by satanic
cultists.
Genre
Horror
Al-Kisahnya
Filem seram ni bermula dengan pasangan suami isteri, Mia & John yang rajin ke gereja. Jirannya Sharon & Pete Higgins pun ada sekali bersama dalam gereja. Ketika tu Mia tengah sarat mengandung & semuanya tak sabar menantikan kelahirannya. Sebagai tanda sayang dan cinta John terhadap Mia, dia pun belikan patung sebagai hadiah & patung tu adalah Annabelle. Mia seorang yang suka menjahit dan suka kumpul anak patung atau dolls. Jadi Mia sangat teruja dan gembira sangat dapat hadiah dari suami tercintanya.
Pada satu malam, ada satu insiden berlaku dekat jiran diorang, si Sharon & Pete. Lepas tu, Mia terjaga dari tidur sebab terdengar sesuatu yang berlaku dengan jiran diorang. So si Mia & John ni nak pergi la tengok. Tapi John suruh Mia tunggu je kat dalam rumahsebab dia tengah pregnant. Tak lama lepas tu, John suruh Mia callambulans sebab jiran diorang dah dibunuh. Mia pun bergegas dapatkan telefon & call. Sebaik sahaja Mia habis call, dia kena ambush dengan dua orang pasangan lelaki perempuan ni. Mia kena tikam dekat pinggang kanan & pengsan. Masa tu, John sempat datang halang pasangan kejam ni & polis sempat tembak dan diorang mati terus di tempat kejadian. Disebabkan insiden tu, ada banyak perkara aneh yang berlaku menghantui Mia & John.
Macam mana Annabelle boleh jadi sebahagian dalam cerita ni?
Apa kaitan pasangan lelaki perempuan tu tadi?
Adakah Mia & John dihantui sampai mati?
Jadi jangan lupa saksikan filem ni dekat pawagam berdekatan atau download je bila dah ada orang upload ok!
p/s: Kali ni reviewon non-spoiler yang aku tulis ni sangat pendek, kenapa? Sebab filem horror sebegini tak best kalau diceritakan dengan mendalam. Nak lagi best? Jangan tengok trailer! Hahah..
Dah tengok atau Nak Lagi Details :
** PERHATIAN : RUANGAN INI MENGANDUNGI SPOILER! **
Fahaman Aku
Filem
ni sebenarnya berdasarkan kisah benar yang berlaku pada tahun 1970. Settingtime dalam filem ni pun berdasarkan tahun tersebut yang masih menggunakan teknologi² lama. Jom kita fahami kisah benar dulu :
1. Patung Annabelle merupakan hadiah yang diberi oleh seorang ibu kepada anaknya Donna.
Donna merupakan pelajar kolej dan mempunyai seorang roomate bernama Angie.
Pada mulanya, tak ada yang aneh berlaku. Tapi lama-kelamaan patung Annabelle tu boleh bergerak, beralih tempat, bersilan tangan dan sebagainya.
Seorang kawan diorang bernama Lou, sangat tak suka dengan patung ni. Dia dapat rasakan sesuatu yang jahat ada pada patung tu. Donna tak percaya lagi apa yang dia cakap.
Tak lama lepas tu, Donna jumpa satu kertas usang dekat rumah dia yang ditulis 'Help Us' atau pun 'Help Lou'. Donna hairan sebab dekat rumah tak ada sesiapa pun!
Kemudian pada satu malam, Donna balik rumah dari asrama nak tidur dengan Annabelle dekat katil dia. Sekali Donna dapati ada darah atau somekind of red liquid dekat patung ni. Dia pun bernekad nak siasat & bawak Annabelle ketengah untuk nak tahu apa yang terjadi sebenarnya.
2. Annabelle sebenarnya anak kepada keluarga Higgins yang ditemui mati bersama patung tersebut.
Ketika tu Annabelle berumur 7 tahun.
Roh atau semangat Annabelle dikatakan bersatu dengan patung tersebut.
Jadi patung Annabelle ni dah sangat selesa dengan Donna & Angie membuatkan dia rasa nak menempek, sangat percaya dan rasa selamat dengan diorang.
Disebabkan Donna & Angie seorang yang penyayang dan belajar dari bidang kejururawatan, diorang bersetuju nak tinggal bersama Annabelle.
Keadaan jadi lebih serius bila Lou bermimpi Annabelle datang masa dia tengah tidur dan cekik. Kejadian ngeri tu buat Lou terbangun dari tidur terus rasa seram. Lou pun terus risau dekat Donna & Angie.
Beberapa hari lepas mimpi tu, Lou planning bercutidengan Angie dekat rumah Donna & Angie. Sekali tiba² terdengar sesuatu macam ada orang pecah masuk dekat bilik Donna. Lou pun check tengok dekat bawah & cuba buka pintu dengan pelbagai cara. Tengok² ada patung Annabelle dekat katil. Bila Lou dekat je dengan dia, perasaan dia bercampur baur dan tengkuk belakang dia panas. Terus dada dia rasa sakit & tengok baju dia terkoyak, sekali dengan ada kesan cakar panas dekat badan.
Dua hari lepas tu parut cakar dah hilang, cuma bentuk cakaran tu tak pernah dilihat sebelum ni. Jadi diorang bercadang nak panggil paderi Episcopalian. Terus paderi panggil penyiasat paranormal Ed and Lorraine Warren.
Menurut Warrens, tak ada hantu pun dalam kes ni. Patung tu ada dirasuk apa² pun. Cuma manusia yang melekat dengan patung tu, memanipulasi & buat seolah-olah semuanya angkara hantu.
Warrens pun nak bawak balik untuk kajian selanjutnya. Akhirnya Warrens bertindak untuk tutup case sebab buat banyak gangguan macam boleh terapung, buat brek kereta tak berfungsi, enjin kereta rosak dan sebagainya. Jadi Annabelle dikurung di dalam almari kaca dan sentiasa dipantau paderi untuk melindungi dari sebarang gangguan. Sumber : Badass Digest Annabelle
3. Ok so berdasarkan kisah benar ni, kita dah boleh kaitkan dengan apa yang berlaku dalam filem ni.
4. Fiksyen yang ditambah, Annabelle dan boyfriend bunuh keluarga dia sebab atas tujuan pemujaan korbankan jiwa atau soul untuk syaitan (demon).
Disebabkan darah Annabelle yang mati tu mengalir dalam patung, boleh dikatakan soul dia dah meresap dalam patung tu. (macam kisah benar dia la, cuma yang ni Annabelle dah dewasa)
5. Annabelle merupakan pemuja syaitan tegar & ritual yang dipanggil The Disciples of The Ram adalah bertujuan untuk menyeru demon dengan cara memberikan soul.
Menurut google translate, The Ram bermaksud Pelantak. Kalau korang google The Ram, nanti keluar gambar kambing sebab Ram ni sebenarnya kambing yang dalam kalender Cina atau dalam zodiak Aries. Seolah-olah ini berkaitan dengan demon la sebab demon kan bertanduk seperti kambing.
6. Misi Annabelle takkan selesai selagi soul tak dituntut dari keluarga John. Sebab tu benda ni asyik menghantui diorang.
7. Annabelle yang bersatu dengan patung ni sebenarnya powerless & tak ada kuasa yang luar biasa pun. Yang berkuasa buat gangguan semua tu adalah demon tu.
Demon tu dahagakan soul dan diorang tak boleh membunuh sebenarnya. Yang membunuh adalah tindakan manusia sendiri, macam manusia bunuh manusia atau pun dengan bunuh diri.
Namun begitu, demon ni hanya mampu memanipulasi imaginasi manusia supaya menjadi gila & tak tercapai akalnya. Dengan menganggu emosi dan ketenteraman boleh membuatkan manusia rasa takut dan lemah & menjadi satu key point untuk dia mati atau bunuh diri.
8. Bagi aku filem ni logik sebab setakat patung je, mana ada kuasa yang gila². Patung pun ada limitation jugak. Yang menjadi lebih buas tu adalah demon tu.
Lagi pun dalam filem ni, demon tak membunuh pun, tapi dengan mencederakan orang, tercampak sana sini macam boleh mengawal graviti & buat gangguan.
Kalau difikirkan logik pun, ibarat kuasa kudrat Jin berlawan dengan manusia. Jin lagi kuat kan? Orang kata, kalau kena tampar dengan 'hantu' (manusia yang dirasuk), rasa sakit gila! Sama la jugak dengan filem ni, demon ada kuasa yang kuat & luar biasa tapi tak mampu membunuh pun. Sekadar cederakan orang atau memanipulasi keadaan yang membuatkan orang mati macam api dapur terbuka boleh meletup dan sebagainya.
Dimana patung tu berada, disitu ada demon. Sebab demon akan ikut apa yang si pemuja inginkan, asalkan dapat habuan soul.
Jelmaan Annabelle kecik, Annabelle dewasa, paderi & sebagainya adalah dari demon tu sendiri. Yelah, dia makhluk yang suka memanipulasi.
Dari segi fahaman Islam pulak, memanipulasi ni boleh dikatakan fitnah yang cenderung ke arah fitnah dajjal. Wallahualam.
9. Evelyn bunuh diri sebab nak menggantikan soul yang dituntut Annabelle. Kalau tak nak korbankan the innocent soul iaitu anak dia Lea, si Mia dituntut untuk bunuh diri. Tapi Evelyn dah terjun dulu. Soconsiderdone la.
10. Elemen surpise yang menarik! Thumbs up pengarah John R. Leonetti sebab walaupun ada beberapa scene cliché, tapi still mampu buat kita terperanjat. Even aku admit dekat scene nak dekat habis tu, aku boleh terperanjat sebab i was didn't expecting it!
Thumbs up elemen pembawakan demon & cara munculnya demon ni. Sangat seram! I like that Annabelle levitating scene. Hahha!
Ingatkan James Wan jadi director sebab aku tertanya-tanya cara directing dia tak macam The Conjuring. Sekali rupa²nya dia producer je. Ok la..
1shot scene untuk disk jockey tu cantik!
Walapun filem berlatar belakangkan zaman 1970, tapi cara pengarahan & cinematography tak rasa macam filem backdated macam A Walk Among The Tombstone baru ni.
Persoalan & Kritikan
Ada beberapa persoalan dan kritikan yang nak aku bangkitkan dalam filem Annabelle ni:
1. Apakah tujuan Annabelle & boyfriend dia nak seru demon? Atau hanyalah sebab dia pemuja tegar?
2. Nak kritik yang menipu gila masa tengok gambar Mia & anak dia Lea dekat luar gereja. Gambar yang diberikan adalah dalam bentuk portrait. Tapi masa dulu, paderi tangkap gambar tu dengan cara landscape. Aiyooo...menipu!!
3. Jalan cerita lambat naik. Tension je tunggu nak sampai klimaks atau konflik yang merubah pola excitement cerita.
4. Apakah motif dua orang budak dekat tangga tu? Kononnya ada lukisan krayon yang melakarkan harapan Mia & anak dia mati dilanggar lori. Aku prefer kalau dia balik² je rumah, ada lukisan pelik tu. (macam kisah benar Annabelle la).
Atau kononnya pengarah nak penonton fikir yang lukisan tu agaknya dari dua orang budak yang lukis, tapi sebenarnya Annabelle? sebab ending cerita tu ada banyak tulisan yang ditulis guna krayon & budak² tu tak ada pun.
Keseluruhan filem : 3.8 / 5 bintang
Harap korang semua enjoy dengan penulisan marhean aku ni. Thanks sudi baca pandangan dan pendapat dari seorang peminat filem yang bukan siapa² ni kan. Hahah.. macam biasa, if you guys nak cakap sesuatu atau anything, just leave the comment atau direct contact lah ok! Terima kasih. :D
Thanks for your review. But still I wouldn't watch it hahaha takut doe
ReplyDeleteKalau ko suka elemen surprise, aku sarankan utk tgk.. Bg ak pendekatan yang menarik la..
Delete