The Fault In Our Stars (2014)

IMDb
Hazel and Gus are two teenagers who share an acerbic wit, a disdain for the conventional, and a love that sweeps them on a journey. Their relationship is all the more miraculous given that Hazel's other constant companion is an oxygen tank, Gus jokes about his prosthetic leg, and they met and fell in love at a cancer support group.

Genre
Drama | Romance

Al-Kisahnya



Filem ni merupakan filem cinta yang sangat menyentuh kalbu dan mampu buat kita terfikir seketika. Bermula dengan watak utama seorang gadis berumur 17 tahun, Hazel Grace Lancaster mengidap penyakit barah paru-paru sejak dari kecil. Oleh kerana itu, Hazel terpaksa pakai 'cannula' atau pun tiub pernafasan oksigen, dari tong oksigen ke hidung dia. Selain daripada selalu ke hospital untuk pemeriksaan secara berkala, ibu bapa Hazel hari-hari hantar dia pergi ke satu pusat yang dipanggil 'Cancer Support Group' untuk membina keyakinan diri dan bergaul dengan peserta² pengidap barah yang lain.
 
Hari berganti hari, cinta mula berputik bila Hazel terlanggar seorang lelaki berumur 18 tahun, Augustus Waters dekat tempat Cancer Support Group tu. Augustus atau Gus ni kudung kaki kanan sebab barah dan dia pakai kaki palsu untuk berjalan. Gus sangat mencintai Hazel sejak dari pandang pertama lagi. So Gus bawak dia jalan² dan bawak Hazel datang rumah. Disamping tu, diorang share interest, pengalaman, hobbies dan sebagainya & sampai Hazel sangat selesa dengan Gus. 

Cerita bermula bila Hazel & Gus bertukar minat buku novel, sampai Gus turut minat buku novel yang selalu Hazel baca. Hazel mengadu yang dia banyak kali hantar surat dekat penulis buku ni, Peter Van Houten, tapi tak pernah dapat response. Lepas tu, Gus senyap² email penulis buku tu sampai lah dia reply. Hazel gembira gila yang penulis tu masih ada dan akhirnya Peter bersetuju nak berjumpa diorang berdua. Perkara yang membuatkan Hazel & Gus sangat² nak berjumpa dengan Peter ni sebab, diorang nak tahu apakah sambungan kisah novel tersebut sebab ceritanya tergantung dan Hazel nak tahu apa kesudahannya dan mengapa. Jadi, Peter pun ajak diorang berjumpa dekat Amsterdam, Belanda. Kemudian kisah cinta, pahit duka, senyum tawa diorang mula teruji. 



Dapatkah Hazel pergi ke Amsterdam dengan condition dia macam tu?
Apakah sambungan yang dinanti²kan Hazel & Gus tentang novel tu?
Adakah cinta diorang terhalang?
Apakah kesudahan filem ni?

Saksikan sendiri filem ni ok. Bagi wanita/perempuan yang berhajat nak tengok, sediakan tisu!
p/s: Ada unsur 18SX sikit. Budak² bawah umur jangan tengok! haha..



Dah tengok atau Nak Lagi Details


No comments:

Post a Comment

Bagi Feedback Korang! :D