The Giver (2014)

IMDb
In a seemingly perfect community, without war, pain, suffering, differences or choice, a young boy is chosen to learn from an elderly man about the true pain and pleasure of the "real" world.

Genre
Drama | Sci-Fi

Al-Kisahnya



Filem The Giver ni mengisahkan sebuah komuniti besar atau society yang hidup sempurna tanpa peperangan, rasa sakit, perbezaan etnik, budaya atau bangsa dan hidup dalam kesamarataan. Tak ada yang lebih & tak ada yang kurang. Komuniti ni wujud pada tahun 2048, selepas waktu kehancuran tamadun & peperangan, so sebab tu lah cara hidup diorang dicipta sebegini untuk mengelakkan dari peperangan yang memakan diri. Selain tu jugak, mereka yang tinggal dalam komuniti ni dipadamkan memori kisah dulu atau sejarah atas tujuan tertentu. Komuniti ni jugak ada undang-undang yang perlu dipatuhi. Antaranya ialah gunakan bahasa yang tepat, pakai pakaian yang disuruh pakai, ambil suntikan ubat hari-hari, ikot curfew & jangan menipu. 


Cerita ni bermula dengan watak utama, Jonas yang bakal berlangsungnya hari graduation untuk menentukan path atau laluan kerjaya hidup di dalam komuniti. Bersama Jonas ada dua lagi kawan dia, Fiona & Asher jugak bakal bersama dalam hari graduation tu nanti. Diorang bertiga ni membesar bersama dan diorang declare sebagai friends forever. Komuniti ni diketuai oleh Elders atau pun a group of senior citizen. Segala keputusan dan penentuan dalam komuniti adalah dari Chief Elder. 

Hari graduation diorang adalah salah satu event yang ada dalam Hari Annual Ceremony of Advancement. Ada banyak events yang berlangsung, antaranya ialah Ceremony to Elsewhere, Celebrating the new Children & banyak lagi. Bila tiba time graduation, semua yang terlibat kena beratur & tunggu dipanggil untuk ke depan. Masa tu nanti Chief Elder akan tentukan job masing². Sampai habis semua orang beratur dah dapat job, tinggal Jonas seorang je tak dapat apa² lagi. Chief Elder cakap Jonas ni special mampu harungi job yang bakal ditugaskan. Akhirnya Jonas dilantik sebagai The Receiver of Memories. 

Tugas dia adalah untuk menyimpan memori² yang pernah wujud di dunia. Specialnya memori ni sebab semua orang tak boleh rasa yang apa dia rasa. Ibarat Jonas bakal menjadi arkib komuniti & menjadi sumber ilmu pengetahuan untuk diorang semua. Jonas kemudian berguru dengan seorang lelaki tua yang akan sampaikan segala memori yang pernah wujud di dunia. Dialah yang dipanggil The Giver.

Adakah Jonas mampu mengharungi tugas dia?
Susah sangat ke jadi The Receiver of Memories?
Apakah pilihan Elders ini tepat?
Perlu ke komuniti ni?
Adakah Jonas, Fiona & Asher masih berpegang pada  friends forever?

Saksikan dalam filem The Giver! haha..

p/s: penampilan istimewa Taylor Swift ada dalam filem ni.

 


Dah tengok atau Nak Lagi Details

No comments:

Post a Comment

Bagi Feedback Korang! :D