Annabelle (2014)

IMDb
A couple begin to experience terrifying supernatural occurrences involving a vintage doll shortly after their home is invaded by satanic cultists.

Genre
Horror

Al-Kisahnya


Filem seram ni bermula dengan pasangan suami isteri, Mia & John yang rajin ke gereja. Jirannya Sharon & Pete Higgins pun ada sekali bersama dalam gereja. Ketika tu Mia tengah sarat mengandung & semuanya tak sabar menantikan kelahirannya. Sebagai tanda sayang dan cinta John terhadap Mia, dia pun belikan patung sebagai hadiah & patung tu adalah Annabelle. Mia seorang yang suka menjahit dan suka kumpul anak patung atau dolls. Jadi Mia sangat teruja dan gembira sangat dapat hadiah dari suami tercintanya.

The Giver (2014)

IMDb
In a seemingly perfect community, without war, pain, suffering, differences or choice, a young boy is chosen to learn from an elderly man about the true pain and pleasure of the "real" world.

Genre
Drama | Sci-Fi

Al-Kisahnya



Filem The Giver ni mengisahkan sebuah komuniti besar atau society yang hidup sempurna tanpa peperangan, rasa sakit, perbezaan etnik, budaya atau bangsa dan hidup dalam kesamarataan. Tak ada yang lebih & tak ada yang kurang. Komuniti ni wujud pada tahun 2048, selepas waktu kehancuran tamadun & peperangan, so sebab tu lah cara hidup diorang dicipta sebegini untuk mengelakkan dari peperangan yang memakan diri. Selain tu jugak, mereka yang tinggal dalam komuniti ni dipadamkan memori kisah dulu atau sejarah atas tujuan tertentu. Komuniti ni jugak ada undang-undang yang perlu dipatuhi. Antaranya ialah gunakan bahasa yang tepat, pakai pakaian yang disuruh pakai, ambil suntikan ubat hari-hari, ikot curfew & jangan menipu. 

The Fault In Our Stars (2014)

IMDb
Hazel and Gus are two teenagers who share an acerbic wit, a disdain for the conventional, and a love that sweeps them on a journey. Their relationship is all the more miraculous given that Hazel's other constant companion is an oxygen tank, Gus jokes about his prosthetic leg, and they met and fell in love at a cancer support group.

Genre
Drama | Romance

Al-Kisahnya



Filem ni merupakan filem cinta yang sangat menyentuh kalbu dan mampu buat kita terfikir seketika. Bermula dengan watak utama seorang gadis berumur 17 tahun, Hazel Grace Lancaster mengidap penyakit barah paru-paru sejak dari kecil. Oleh kerana itu, Hazel terpaksa pakai 'cannula' atau pun tiub pernafasan oksigen, dari tong oksigen ke hidung dia. Selain daripada selalu ke hospital untuk pemeriksaan secara berkala, ibu bapa Hazel hari-hari hantar dia pergi ke satu pusat yang dipanggil 'Cancer Support Group' untuk membina keyakinan diri dan bergaul dengan peserta² pengidap barah yang lain.