The Purge: Anarchy (2014)

IMDb
A young couple works to survive on the streets after their car breaks down right as the annual purge commences.

Genre
Action | Horror | Thriller

Al-Kisahnya


Filem ni mengisahkan Hari Tahunan Pembersihan/Pembasmian tahun 2023 yang diluluskan oleh kerajaan Amerika Syarikat dan merupakan usaha New Founding Fathers (NFF) dalam menurunkan kadar jenayah dan kemiskinan di negara itu. Tempoh masa yang diberikan adalah selama 12 jam bermula siren berbunyi dan segala aktiviti jenayah dibenarkan buat sementara waktu. Selain tu, segala bentuk bantuan perkhidmatan cemas macam medic, polis, bomba dan lain-lain digantung, sehingga habis tempoh Purge bersama siren terakhir. Purge jugak ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi, macam jenis senjata tak boleh melanggar piawaian yang kerajaan tetapkan.

Lucy (2014)

IMDb
A woman, accidentally caught in a dark deal, turns the tables on her captors and transforms into a merciless warrior evolved beyond human logic.

Genre
Action | Sci-Fi | Thriller

Al-Kisahnya


Movie ni pasal seorang wanita, iaitu Lucy yang menjadi mangsa keadaan tokan dadah dekat Taiwan. Secara tak langsung, Lucy discover yang dia ada kuasa luar biasa.

As Above, So Below (2014)

IMDb
When a team of explorers ventures into the catacombs that lie beneath the streets of Paris, they uncover the dark secret that lies within this city of the dead.

Genre
Horror | Thriller

Al-Kisahnya 


Menurut makcik IMDb, sekumpulan explorer masuk ke dalam catacombs (kubur bawah tanah) yang berada di bawah kota Paris telah menemui satu rahsia jahat. So basically cerita ni pasal seorang wanita bernama Scarlett yang sangat minat dengan dunia pencarian misteri atau harta-harta dunia yang tak pernah disingkap lagi. Scarlett ni was driven by bapak dia, yang sama juga minat dengan pencarian harta misteri ni. Apa yang dikejarkan Scarlett ni adalah pencarian philosopher stone, atau lebih detail lagi adalah Batu Flamel or Flamel Stone. Bapak Scarlett dah lama mengkaji dekat mana boleh jumpa Flamel Stone ni sampai dia mati. Jadi Scarlett ni nak teruskan perjuangan bapak dia & nak sambung pencarian dia sampai jumpa. Menurut sejarah, tak pernah orang jumpa Flamel Stone dan mungkin batu ni hanyalah rekaan semata-mata dan selain tu, siapa saja yang terlibat dalam pencarian Flamel Stone ni, tak pernah hidup dan tak akan terungkai sampai bila-bila.

A Walk Among the Tombstones (2014)

IMDb
Private investigator Matthew Scudder is hired by a drug kingpin to find out who kidnapped and murdered his wife.

Genre
Action | Mystery | Crime

Al-Kisahnya


Cerita ni pasal Matthew Scudder seorang penyiasat persendirian yang diupah oleh tokan dadah untuk mencari siapa penculik & pembunuh isterinya. Cerita ni jugak berlatar belakang-kan zaman 90an (1991-1999) dekat New York. Asalnya Matthew adalah seorang polis detektif dan kemudiannya dia tarik diri dari berkhidmat. Bermula di satu kedai ketika tahun 1991, Matthew datang untuk minum alcohol sekejap & tiba² ada penjenayah tembak pekerja kedai tu atas tujuan nak merompak. Jadi Matthew pun terpaksa la bertindak tanpa arahan atas tujuan nak tumpaskan penjenayah tu. Dua orang penjenayah mati ditembak & seorang lagi berjaya ditangkap hidup-hidup. Namun sejak hari tu, ada ‘insiden’ yang membuatkan Matthew menyesal untuk terus berkhidmat sebagai polis.

The Maze Runner (2014)


IMDb
“Thomas is deposited in a community of boys after his memory is erased, soon learning they're all trapped in a maze that will require him to join forces with fellow "runners" for a shot at escape.”

Genre
Action | Mystery | Sci-Fi

Al-Kisahnya

Filem ni mengisahkan tentang sekumpulan budak lelaki yang dikurung di dalam satu tempat (The Glade) dan dikelilingi tembok pemisah yang membentuk jalan berliku (maze). Setiap bulan, ada budak baru dihantar bersama kotak (supplies) melalui lif dekat tengah² The Glade. Apa yang pasti, diorang ni confirm² akan hilang ingatan bila dah sampai dekat situ. Budak² ni dah terkurung hampir 3 tahun dan masih tak jumpa jalan keluar. 

PERMULAAN BLOG EKSPRESI FILEM

Bismillahirrohmanirrohim.
  1. Memandangkan aku minat dengan dunia filem, blog ni bertujuan untuk aku meluahkan rasa hati, pandangan, persoalan, kritikan & pendapat dalam dunia filem.

  2. Ada unsur formal review macam website² lain, cuma aku seboleh-boleh nak elakkan tindakan spoil dalam review.

  3. Spoiler akan berlaku kalau korang bertindak untuk tengok kolum Fahaman Aku dan Persoalan dan Kritikan sebab thread tersebut adalah bertujuan bagi memberi pencerahan berdasarkan keseluruhan filem tersebut. Dinasihatkan, refer kolum ni bila dah habis tengok movie tu ok?

  4. Masing-masing ada pandangan sendiri bila tengok movie betul tak?

  5. Sama jugak dengan aku, dan blog ni sekurang-kurangnya boleh bagi sedikit sebanyak penjelasan bagi mereka yang nak mencari jawapan dalam filem-filem yang diorang tengok.

  6. Percaya atau tidak, betul atau tidak, itu semua terpulang pada diri masing-masing untuk menilai.

  7. Blog ni masih baru & masih banyak lagi untuk aku tulis tentang movie-movie yang menarik untuk dirungkaikan.

  8. Diingatkan, aku tak paksa untuk menerima pandangan aku 100% tetapi aku sentiasa berbesar hati untuk kita berkongsi pendapat & pandangan.

  9. Request untuk filem yang korang nak aku review dan inginkan pendapat serta pandangan aku, amatlah dipersilakan.

  10. Blog ini juga bukan untuk menghentam siapa-siapa & hanya bertujuan untuk luahan pendapat peribadi.

  11. Tunjuk ajar, berkongsi ilmu & bertukar pendapat sangatlah aku hargai sebab manusia tak pernah sempurna dan ilmu tak pernah cukup. Sekian Terima Kasih! ^_^
kenangan masa pergi bengkel DramaFestKL