The Maze Runner (2014)


IMDb
“Thomas is deposited in a community of boys after his memory is erased, soon learning they're all trapped in a maze that will require him to join forces with fellow "runners" for a shot at escape.”

Genre
Action | Mystery | Sci-Fi

Al-Kisahnya

Filem ni mengisahkan tentang sekumpulan budak lelaki yang dikurung di dalam satu tempat (The Glade) dan dikelilingi tembok pemisah yang membentuk jalan berliku (maze). Setiap bulan, ada budak baru dihantar bersama kotak (supplies) melalui lif dekat tengah² The Glade. Apa yang pasti, diorang ni confirm² akan hilang ingatan bila dah sampai dekat situ. Budak² ni dah terkurung hampir 3 tahun dan masih tak jumpa jalan keluar. 

Untuk menghidupkan society ni, setiap orang diberikan tugas, dan tugas paling penting ialah Runner. Runner pula bertugas untuk berlari dan menghafal maze disetiap liku untuk mencari jalan keluar. Yang mencabarnya, dekat dalam maze ni ada Grievers. Grievers ni macam haiwan alien yang memang tinggal dalam maze & pastikan tak ada orang dapat keluar. 

Grievers ni ada sengat yang bagi suntikan virus The Changers. Bila seseorang yang terkena virus Changers ni, otak orang tu tak berfungsi dengan baik, bertindak buas & boleh membahayakan orang lain. Tetapi bergantung kepada orang yang disengat, samaada dapat menahan atau sebaliknya. Setiap orang yang terkena virus Changers & membahayakan, dia akan dihukum dibuang ahli Gladers, dan akan ditinggalkan di dalam maze. Sesiapa yang terperangkap di dalam maze dan tidak sempat keluar, menjadi mustahil untuk diorang selamat dari Grievers & confirm mati.

Satu hari, buat pertama kalinya lif tu hantar seorang perempuan, bernama Teressa. Bersamanya, ada satu nota yang mengatakan,“She’s the last one”. Ini bermaksud, lif tu tak akan turun lagi dan tiada supplies untuk dihantar. Selain nota, dalam poket Teressa ada dua antidote atau ubat yang boleh sembuh dari virus Changers. Kesan daripada antidote ini adalah diorang boleh ingat semula ingatan yang diorang lupa dan sembuh dari virus tu.


Nak dijadikan cerita, semenjak Thomas datang situ, semuanya berubah. Sampai tahap pintu maze dengan kawasan diorang The Glade dah terbuka waktu malam. Grievers ni aktif waktu malam dan kira malang tak berbau la kalau pintu maze terbuka dengan tempat tinggal diorang.



So nak lebih lanjut boleh tengok movie ni ok!


Dah tengok atau Nak Lagi Details :

11 comments:

  1. Okeyyy.. banyak tak paham sebab kena pi tengok sendiri.

    ReplyDelete
  2. A'ah.. kena pergi tengok dulu.. go go!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mimpi la aku nak pi tengok wayang time2 cenggini. Sape nak jaga syauqie ni ha.

      Delete
  3. Bes jugak...nnt nk tgk..tgu astro pes je..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah..yang penting tak bosan pun tengok..

      Delete
  4. tunggu donlod lah...nasib ada review detailed ver..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je.. btw thanks bro! movie lain akan disusuli.. :)

      Delete
  5. Da tengok. Memang best gak la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yupp...orang tgk pun puas hati jgk la..

      Delete
  6. Thomas dgn teressa mcm special je..sape dorg?minta pencerahan tuan director..kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni sebenarnya filem adaptasi dari novel.
      sequel seterusnya adalah The Scorch Trials..
      so spotlight untuk Thomas & Teressa tu confirm ada.. hahah

      Delete

Bagi Feedback Korang! :D