As Above, So Below (2014)

IMDb
When a team of explorers ventures into the catacombs that lie beneath the streets of Paris, they uncover the dark secret that lies within this city of the dead.

Genre
Horror | Thriller

Al-Kisahnya 


Menurut makcik IMDb, sekumpulan explorer masuk ke dalam catacombs (kubur bawah tanah) yang berada di bawah kota Paris telah menemui satu rahsia jahat. So basically cerita ni pasal seorang wanita bernama Scarlett yang sangat minat dengan dunia pencarian misteri atau harta-harta dunia yang tak pernah disingkap lagi. Scarlett ni was driven by bapak dia, yang sama juga minat dengan pencarian harta misteri ni. Apa yang dikejarkan Scarlett ni adalah pencarian philosopher stone, atau lebih detail lagi adalah Batu Flamel or Flamel Stone. Bapak Scarlett dah lama mengkaji dekat mana boleh jumpa Flamel Stone ni sampai dia mati. Jadi Scarlett ni nak teruskan perjuangan bapak dia & nak sambung pencarian dia sampai jumpa. Menurut sejarah, tak pernah orang jumpa Flamel Stone dan mungkin batu ni hanyalah rekaan semata-mata dan selain tu, siapa saja yang terlibat dalam pencarian Flamel Stone ni, tak pernah hidup dan tak akan terungkai sampai bila-bila.


Kisahnya bermula bila Scarlett dapat jumpa clue dekat Iraq. Dari situ, dia rasa clue tu ada kaitan dengan Flamel Stone, cuma dia tak pandai nak translate apa simbol atau petunjuk tu punya maksud. Dalam ekspedisi ni, Scarlett ada seorang yang kaki record semua aktiviti Scarlett sebab nak jadikan bahan dokumentari & mamat tu bernama Benjy. So diorang pergi jumpa kawan Scarlett dekat Paris, yang tengok sebok betulkan loceng jam gereja. Kawan dia bernama George & seboleh-boleh tak nak terlibat dalam sebarang pencarian bersama Scarlett, sebab dia pernah ada sejarah hitam masa bekerjasama dulu sampai kena masuk penjara. Scarlett pujuk sampai dapat, akhirnya George setuju nak tolong translatekan. Lepas tu, clue seterusnya, diorang ke muzium Paris yang ada batu nisan Nicolas Flamel (ahli kimia) untuk cari persamaan & jawapan.


Scarlett merupakan ahli kimia jugak & mahir dengan empat bahasa asing (dua daripada bahasa tersebut dah tak dipakai lagi) dan Scarlett jugak boleh berbahasa Perancis. Brainstorm punya brainstorm sekali dapat petunjuk yang mungkin ada dekat sekitar Paris bawah tanah. Scarlett pun pergi dengan Benjy pergi melawat catacombs dengan tour guide situ. (George tak pergi sebab dia just nak tolong translatekan je). Sekali, tiba² ada sorang mamat bagi info, kata suruh cari orang bernama Papillion dekat satu tempat ni kalau nak buat pencarian lebih lanjut dengan laluan catacombs ni. Diorang pun pergi dekat tempat tu & petik nama Papillion. Akhirnya dapat jumpa Papi & offer harta karun kalau dia boleh bawak access laluan bawah tanah. Papi pun bersetuju & bawak team dia, Zed & Souxie.

Dipendekkan cerita, dalam perjalanan diorang, ada pelbagai misteri, kuasa jahat & keadaan yang mencemaskan menghantui diorang.

Selamat ke semua orang?
atau semua mati macam pencari² Flamel Stone yang lain?
Apa yang special sangat dengan Flamel Stone ni?

Korang boleh tengok movie ni nanti ok.


Diingatkan, filem ini berkonsepkan first person shoot, atau paparan record dari handycam diorang. Sama macam filem Paranormal Activities, Devil's Due, The Devil Inside dan seangkatan dengannya.


Dah tengok atau Nak Lagi Details :

2 comments:

  1. fuiyooo panjang tulis .....

    isi masa lampang macam ni la terbaik ....

    anyway full details ....nora bagi taik bintang .... :)

    ReplyDelete

Bagi Feedback Korang! :D