IMDb
In a seemingly perfect community, without war, pain, suffering,
differences or choice, a young boy is chosen to learn from an elderly
man about the true pain and pleasure of the "real" world.
Genre
Drama | Sci-FiAl-Kisahnya
Filem The Giver ni mengisahkan sebuah komuniti besar atau society yang hidup sempurna tanpa peperangan, rasa sakit, perbezaan etnik, budaya atau bangsa dan hidup dalam kesamarataan. Tak ada yang lebih & tak ada yang kurang. Komuniti ni wujud pada tahun 2048, selepas waktu kehancuran tamadun & peperangan, so sebab tu lah cara hidup diorang dicipta sebegini untuk mengelakkan dari peperangan yang memakan diri. Selain tu jugak, mereka yang tinggal dalam komuniti ni dipadamkan memori kisah dulu atau sejarah atas tujuan tertentu. Komuniti ni jugak ada undang-undang yang perlu dipatuhi. Antaranya ialah gunakan bahasa yang tepat, pakai pakaian yang disuruh pakai, ambil suntikan ubat hari-hari, ikot curfew & jangan menipu.


