Merungkai persoalan terhadap karya penulis skrip dan imaginasi pengarah.
The Giver (2014)
IMDb
In a seemingly perfect community, without war, pain, suffering,
differences or choice, a young boy is chosen to learn from an elderly
man about the true pain and pleasure of the "real" world.
Genre
Drama | Sci-Fi
Al-Kisahnya
Filem The Giver ni mengisahkan sebuah komuniti besar atau society yang hidup sempurna tanpa peperangan, rasa sakit, perbezaan etnik, budaya atau bangsa dan hidup dalam kesamarataan. Tak ada yang lebih & tak ada yang kurang. Komuniti ni wujud pada tahun 2048, selepas waktu kehancuran tamadun & peperangan, so sebab tu lah cara hidup diorang dicipta sebegini untuk mengelakkan dari peperangan yang memakan diri. Selain tu jugak, mereka yang tinggal dalam komuniti ni dipadamkan memori kisah dulu atau sejarah atas tujuan tertentu. Komuniti ni jugak ada undang-undang yang perlu dipatuhi. Antaranya ialah gunakan bahasa yang tepat, pakai pakaian yang disuruh pakai, ambil suntikan ubat hari-hari, ikot curfew & jangan menipu.
Cerita ni bermula dengan watak utama, Jonas yang bakal berlangsungnya hari graduation untuk menentukan path atau laluan kerjaya hidup di dalam komuniti. Bersama Jonas ada dua lagi kawan dia, Fiona & Asher jugak bakal bersama dalam hari graduation tu nanti. Diorang bertiga ni membesar bersama dan diorang declare sebagai friends forever. Komuniti ni diketuai oleh Elders atau pun a group ofsenior citizen. Segala keputusan dan penentuan dalam komuniti adalah dari Chief Elder.
Hari graduation diorang adalah salah satu event yang ada dalam Hari Annual Ceremony of Advancement. Ada banyak events yang berlangsung, antaranya ialah Ceremony to Elsewhere, Celebrating the new Children & banyak lagi. Bila tiba time graduation, semua yang terlibat kena beratur & tunggu dipanggil untuk ke depan. Masa tu nanti Chief Elder akan tentukan job masing². Sampai habis semua orang beratur dah dapat job, tinggal Jonas seorang je tak dapat apa² lagi. Chief Elder cakap Jonas ni special mampu harungi job yang bakal ditugaskan. Akhirnya Jonas dilantik sebagai The Receiver of Memories.
Tugas dia adalah untuk menyimpan memori² yang pernah wujud di dunia. Specialnya memori ni sebab semua orang tak boleh rasa yang apa dia rasa. Ibarat Jonas bakal menjadi arkib komuniti & menjadi sumber ilmu pengetahuan untuk diorang semua. Jonas kemudian berguru dengan seorang lelaki tua yang akan sampaikan segala memori yang pernah wujud di dunia. Dialah yang dipanggil The Giver.
Adakah Jonas mampu mengharungi tugas dia?
Susah sangat ke jadi The Receiver of Memories?
Apakah pilihan Elders ini tepat?
Perlu ke komuniti ni?
Adakah Jonas, Fiona & Asher masih berpegang pada friends forever?
Saksikan dalam filem The Giver! haha..
p/s: penampilan istimewa Taylor Swift ada dalam filem ni.
Dah tengok atau Nak Lagi Details :
** PERHATIAN : RUANGAN INI MENGANDUNGI SPOILER! **
Fahaman Aku
Filem
ni sebenarnya berdasarkan novel literature atau buku pembelajaran yang mostly digunakan dekat Amerika sana. Macam dekat sini, kita guna buku Bukit Kepong, Konserto Terakhir etc. Sama jugak la dengan diorang, cuma dikaryakan dalam filem agar jadi lebih menari & mudah difahami. Agaknya bila kita boleh buat filem macam ni eh? Try buat filem Bukit Kepong yang baru ke? atau adaptasi dari buku² pembelajaran dekat Malaysia ni. Confirm ramai nak tengok kan. Ok, berdasarkan filem The Giver ni, jom kita tinjau satu per satu.
1. Annual Ceremony of Advancement merupakan acara tahunan komuniti.
2. Komuniti ni hidup tak ada naik turun. Segalanya mendatar & ikut apa yang dirancangkan dan berterusan hari demi hari.
3. Boleh kata dari hujung rambut sampai hujung kaki polisi kawalan untuk komuniti dah ditetapkan.
Setiap orang ada tugas masing² yang dah ditetapkan.
Bayi yang baru lahir, nama²nya dah disediakan.
Ibu Bapa sebenarnya bukan kandung, tapi hanya sandaran pada hak penjagaan.
Kenapa hitam putih sebab nak menunjukkan kita semua sama sahaja. Tak ada beza warna dan lain-lain.
4. Walaupun hidup sempurna & aman, hidup berkomuniti ni seperti hidup macam robot yang tak ada perasaan especially cinta, emosi, fitrah manusia seperti seks, melihat haiwan dan sebagainya.
Hidup tak mencabar mengharungi panas siang, sejuk malam, angin kencang, hujan basah, gempa bumi dan segala bentuk natures yang sejak azali lagi kita merasainya.
5. Komuniti yang dipanggil SAMENESS ni merupakan satu perancangan dari awal lagi & akhirnya perancangan ni berhasil.
Kertas tu merupakan peta perancangan besar untuk pelan SAMENESS.
Kertas tu menyatakan ada komuniti lain jugak & diorang mungkin dari komuniti A.
Keliling kawasan SAMENESS dipacakkan menara batu yang boleh melindungi dari unsur² luar atau boleh merosakkan program perancangan SAMENESS.
Di penghujung SAMENESS, ada kawasan yang dipanggil Boundary of Memory.
Menara batu untuk Boundary of Memory ni melindungi komuniti² dari menerima segala memori kecuali The Giver & The Receiver of Memories.
Jika The Receiver melepasi BoM tu, segala bentuk memori, perasaan, emosi & segala² yang disorokkan akan void atau tersebar & semua komuniti dapat perasaan apa yang The Giver & The Receiver rasa selama ni.
6. The Giver merupakan si penyimpan segala memori yang pernah berlaku di dunia. Di boleh dikategorikan sebagai bapa sejarawan yang tahu & simpan segala-galanya.
7. The Receiver pulak sebenarnya bergerak sebagai pelapis The Giver. Dia menerima dari apa yang The Giver simpan & ingin dikongsikan sedikit demi sedikit.
8. Ceremony of Elsewhere selalunya bertujuan mengurangkan kadar warga emas atau orang tua.
Ceremony ni nampak seperti satu penghormatan, tapi sebenarnya tujuan untuk membunuh secara medical agar golongan² ni tak melebihi dari kadar yang ditetapkan.
Siapa yang melanggar undang-undang atau layak dihukum atas kesalahan, akan dikenakan ceremony ni. Ibarat kena buang negeri/negara, tapi sebenarnya satu pembunuhan.
9. Release yang digunakan oleh orang² Nurturer (penjaga bayi) sama jugak bentuk macam CoElsewhere.
Kalau ada anak kembar, kena release atau bunuh seorang agak tak wujud kembar. Sama jugak, bagi suntikan, masukkan dalam kotak & release.
10. Tindakan² komuniti ni bagaikan dah diprogram & tak tahu tujuan apa yang diorang buat. Yang diorang tahu benda tu adalah betul disisi polisi, mematuhi arahan & tak pernah bertanya mengapa.
11. Semuanya adalah kesan daripada suntikan harian sebelum keluar rumah.
Kononnya nak menghindarkan dari penyakit, padahal sebenarnya salah satu bentuk doctorine secara tak sedar untuk hidup tak memikirkan apa² persoalan.
12. Yang tahu tentang memori ni adalah The Giver & The Receiver sahaja.
13. The Giver pernah share memori sikit dengan Chief Elder satu ketika dahulu.
14. Rosemary (Taylor Swift) merupakan anak perempuan The Giver & juga seorang The Receiver.
Disebabkan The Giver share memori seorang anak dipisahkan oleh ibunya, Rosemary terus hilang arah & minta untuk release to elsewhere secara suka rela.
Sejak daripada tu, The Receiver tak boleh apply untuk release.
Nama Rosemary pulak takkan direcycle untuk bayi² akan datang.
15. Watak ibu Jonas sangat berkesan sebab mampu buat aku benci dia.
16. Filem ni memang sangat bagus sebab penuh dengan mesej.
17. Orang akan lebih rasa bersyukur dan menghargai dengan apa yang kita ada sekarang especially dalam bentuk semangat patriotisma dan cintakan negara.
Persoalan & Kritikan
Memandangkan filem ni adalah adaptasi daripada novel The Giver written by Lois Lowry,
jadi kita tak boleh nak kritik banyak sebab mungkin ada kekangan yang
tak dapat dielakkan. Aku tak baca novel tu jadi aku tak se-arif mereka
yang membaca. Ada kemungkinan apa yang berlaku adalah hanya untuk
memenuhi syarat jalan cerita novel dan pengarah itu sendiri.
1. Aku tahu Jonas sayangkan sangat dekat baby kecik si Gebe. Waktu dia pergi dekat nursery tu, dia bawak Gebe sekali dengan boxbaby tu. Persoalannya, kenapa nak bawak box tu?
2. Lepas tu confirm² je ada motor polis komuniti untuk dipakai & confirm² je box baby yang ada Gebe tu boleh letak dekat situ. Aku ingatkan dia nak ikat lekat dekat badan macam orang biasa buat.
3. Ok kalau tak ada motor polis tu, Jonas naik basikal & basikal kau boleh letak box baby tu la? Pfftt...
4. Mudahnya cara nak bebaskan memori dengan hanya melepasi sempadan menara batu tu. Tak ada ke mechanism yang menarik sikit untuk bebaskan memori?
5.Oh yaaa... masa Jonas & Fiona konon main gelongsor turun ke bawah tu, tengok CGI tinggi gila + laju! Sekali landing alahaii.....menipu gila fizik kau.. Sepatutnya dengan kelajuan + ketinggian tu, boleh inertia jauh kot! Hahaha..
6. The Outer Edge tak tahu la benda apa. Tapi agaknya situ tak ada apa² kot.
No comments:
Post a Comment
Bagi Feedback Korang! :D