Merungkai persoalan terhadap karya penulis skrip dan imaginasi pengarah.
The Fault In Our Stars (2014)
IMDb
Hazel and Gus are two teenagers who share an acerbic wit, a disdain for the conventional, and a love that sweeps them on a journey. Their relationship is all the more miraculous given that Hazel's other constant companion is an oxygen tank, Gus jokes about his prosthetic leg, and they met and fell in love at a cancer support group.
Genre
Drama | Romance
Al-Kisahnya
Filem ni merupakan filem cinta yang sangat menyentuh kalbu dan mampu buat kita terfikir seketika. Bermula dengan watak utama seorang gadis berumur 17 tahun, Hazel Grace Lancaster mengidap penyakit barah paru-paru sejak dari kecil. Oleh kerana itu, Hazel terpaksa pakai 'cannula' atau pun tiub pernafasan oksigen, dari tong oksigen ke hidung dia. Selain daripada selalu ke hospital untuk pemeriksaan secara berkala, ibu bapa Hazel hari-hari hantar dia pergi ke satu pusat yang dipanggil 'Cancer Support Group' untuk membina keyakinan diri dan bergaul dengan peserta² pengidap barah yang lain.
Hari berganti hari, cinta mula berputik bila Hazel terlanggar seorang lelaki berumur 18 tahun, Augustus Waters dekat tempat Cancer Support Group tu. Augustus atau Gus ni kudung kaki kanan sebab barah dan dia pakai kaki palsu untuk berjalan. Gus sangat mencintai Hazel sejak dari pandang pertama lagi. So Gus bawak dia jalan² dan bawak Hazel datang rumah. Disamping tu, diorang share interest, pengalaman, hobbies dan sebagainya & sampai Hazel sangat selesa dengan Gus.
Cerita bermula bila Hazel & Gus bertukar minat buku novel, sampai Gus turut minat buku novel yang selalu Hazel baca. Hazel mengadu yang dia banyak kali hantar surat dekat penulis buku ni, Peter Van Houten, tapi tak pernah dapat response. Lepas tu, Gus senyap² email penulis buku tu sampai lah dia reply. Hazel gembira gila yang penulis tu masih ada dan akhirnya Peter bersetuju nak berjumpa diorang berdua. Perkara yang membuatkan Hazel & Gus sangat² nak berjumpa dengan Peter ni sebab, diorang nak tahu apakah sambungan kisah novel tersebut sebab ceritanya tergantung dan Hazel nak tahu apa kesudahannya dan mengapa. Jadi, Peter pun ajak diorang berjumpa dekat Amsterdam, Belanda. Kemudian kisah cinta, pahit duka, senyum tawa diorang mula teruji.
Dapatkah Hazel pergi ke Amsterdam dengan condition dia macam tu?
Apakah sambungan yang dinanti²kan Hazel & Gus tentang novel tu?
Adakah cinta diorang terhalang?
Apakah kesudahan filem ni?
Saksikan sendiri filem ni ok. Bagi wanita/perempuan yang berhajat nak tengok, sediakan tisu!
p/s: Ada unsur 18SX sikit. Budak² bawah umur jangan tengok! haha..
Dah tengok atau Nak Lagi Details :
** PERHATIAN : RUANGAN INI MENGANDUNGI SPOILER! **
Fahaman Aku
Filem The Fault In Our Stars ni ada banyak mesej yang diorang cuba sampaikan. Mesej² ni sangat berguna supaya kita sentiasa berfikir jika kita berada ditempat orang sedemikian, kesakitan yang diorang alami & kesusahan yang diorang tempuhi. Jom kita kupas filem drama cinta berdurasi 2 jam ni :
1. Hazel mula² menghidap barah paru-baru adalah berpunca dari kanser thyroid. Kanser ni merebak dari tekak terus ke paru-paru menyebabkan separuh daripadanya tak berfungsi. Hazel terpaksa pakai tiub 'cannula' untuk membantu pernafasan yang disambungkan ke portable tong oksigen dia.
Paru-paru Hazel sangat sensitif dan salah satu masalah yang dihadapi dikejarkan di hospital adalah penyakit Pleural Effusion. Penyakit ni merupakan paru-paru yang diselubungi cecair yang membuatkan sukar bernafas & menghadkan paru-paru untuk berkembang ketika bernafas. Rujuk wikipedia : Pleural Effusion
2. Quote yang Hazel minati 'Pain Demand To Be Felt' bermaksud 'sakit' ni pun nak mintak kita merasa. Maksudnya si 'sakit' ni, nak demand jugak macam perasaan yang lain untuk dirasa. Sama macam si 'gembira', si 'marah' etc.
3. Gus sebenarnya mengidap penyakit Osteosarcoma. Penyakit ni sebenarnya penyakit kanser tulang, yang menyebabkan dia hilang kaki kanan. Oleh kerana tu, penyakit yang dikhuatiri sudah sembuh, rupanya merebak jugak ke seluruh badan.
4. Gus suka letakkan rokok dekat mulut dia & quote dia 'you put the killing thing right between your teeth, but you dont give it the power to do its killing'.
Maksud metafora dia ni adalah kita semua tahu rokok ni pembunuh. Jadi bila kita letak rokok dekat mulut tanpa menyalakan dia, si rokok pembunuh ni tak boleh buat apa².
Metafora dia yang berbentuk pembunuh yang tak dapat membunuh. Dengan pegangan metafora dia ni, dia boleh positifkan diri dia untuk lawan dengan kanser yang dia hadapi.
Ibarat kita letak bom tangan dalam seluar, tapi tak tarik trigger dia. Sama jugak tak membunuh.
5. GENIE yang dimaksudkan dalam filem ni adalah sebuah tabung atau dana yang disediakan untuk pesakit² kanser support group. GENIE bertindak sebagai membantu merialisasikan permintaan² support group.
Disebabkan Gus masih belum gunakan GENIE dia, dia pun 'wish'
untuk dapatkan dana pergi ke Amsterdam bersama Hazel & ibu dia.
Tujuannya bukan sebab Hazel, tapi dia pun nak tahu apa kesudahan novel
yang Peter tulis.
6. Isaac lelaki yang ada kanser mata tu merupakan kawan baik Gus sebelum join cancer support group. Jadi sebab tu Isaac asyik lepak dekat rumah Gus & Gus sangat baik dengan dia sebab layan macam adik-beradik sendiri.
Disebabkan Isaac jugak, Gus pergi join cancer support group sebab nak tunjukkan rasa support dekat Isaac sebelum mata dia jadi buta sepenuhnya. (masa tu si Gus dah sembuh la kononnya)
7. Quote percintaan Hazel & Gus, 'some infinities are bigger than other infinities'.
Maksud metafora ni adalah tentang sesuatu atau khususnya cinta yang tak berpenghujung.
Semua orang boleh bercinta dan semua orang mampu memiliki infiniti mereka.
Cuma bezanya sebesar mana dan sekecil mana infiniti yang kita miliki.
Contoh infiniti yang diberikan antara 0 dan 1. Nombor infiniti yang mampu terukir adalah 0.1~0.9 sampai tak berpenghujung 0.9999999999999 ~.
Percintaan diorang tak berkekalan lama yang mungkin menempatkan Hazel & Gus hanya memiliki inifiti (cinta) yang kecil berbanding yang lain. Diorang sedar yang diorang ada kanser dan tak sempurna. Jadi Hazel bersyukur sangat yang dia & Gus mampu memiliki infiniti walaupun tak sebesar infiniti² yang lain.
Menurut mereka yang mengkaji tentang quote ni, kata diorang, nombor infiniti adalah sebenarnya real numbers yang bermaksud tetap bernilai dan boleh dikira.
Nombor infiniti sebenarnya tak wujud dan ianya hanyalah gantian nombor kepada ... (dot) atau dipanggil Aleph Null. Rujuk video dibawah:
8. Watak perwatakan antara Hazel & Gus untuk pemilihan pelakon ini sangat tepat! Masing² dapat menjiwai watak masing² dengan sangat baik!
9. Ramai berkata, adakah wujud orang seperti Gus? Bagi aku ada cuma dalam kuantiti yang sikit.
Pada aku, Gus berpewatakan macam tu sebab dia masih virgin dan tahap pemikiran & tindakan tidak seperti orang lain yang biasa kita tengok. It's just a lowest profile from someone yang tak ada apa² tapi dikurniakan cinta sejati & sangat jujur dengan apa tindakan dia. Lagi pun Gus memiliki latar belakang keluarga yang baik.
10. Ada banyak reasons penulis novel The Fault In Our Stars memilih Amsterdam. Salah satunya adalah sebab rumah Anne Frank sendiri. Rumah dan sejarah tentang Anne sangat benar dan rumah tu masih wujud sampai sekarang dan dijadikan muzium. Siapakah Anne Frank?
Dia dilahirkan pada 12 Jun 1929.
Anne Frank merupakan seorang remaja Jerman-Yahudi yang dipaksa untuk pergi menyembunyikan diri semasa Holocaust.
Dia dan keluarganya, bersama-sama dengan empat yang lain, membelanjakan
lebih dua tahun semasa Perang Dunia II bersembunyi di sebuah bangunan
tambahan bilik atas pejabat ayahnya di Amsterdam.
'The Diary of a Young Girl'merupakan penulisan daripada Anne masa pembersihan etnik Holocaust berlangsung. Banyak diari mula di cetak dan dialih bahasa untuk disebarkan kepada umum.
Banyak quote² yang didengari masa Hazel bersusah payah naik tangga untuk sampai ke loteng rumah Anne adalah quote dari penulisan dia sendiri The Diary of a Young Girl.
Ramai orang tak bersetuju dengan kissing scene Hazel & Gus dekat loteng tu sebab kononnya fightfrom cancer tak sama dengan fight to survive from Holocaust & sangat tak releven. (sebab ramai menghormati Anne Frank)
Menurut seorang blogger ni, dia sangat setuju dengan kissing scene tu. Rujuk : Baddass Digest
Filem ni penuh dengan madah, ibarat aku cuba decryptkan senaskah buku pantun kepada bentuk yang dapat korang senang faham. Aku rasa ini saja lah yang mampu aku rungkaikan dalam filem ni. Kalau korang nak aku tambah & tak cukup atau salah dekat mana², sila beritahu aku ok!
Persoalan & Kritikan
Memandangkan filem ni adalah adaptasi daripada novel The Fault In Our Stars written by John Green,
jadi kita tak boleh nak kritik banyak sebab mungkin ada kekangan yang
tak dapat dielakkan. Aku tak baca novel tu jadi aku tak se-arif mereka
yang membaca. Ada kemungkinan apa yang berlaku adalah hanya untuk
memenuhi syarat jalan cerita novel dan pengarah itu sendiri.
1. Cerita cinta bagi aku kalau boleh jangan panjang sangat. Aku tak kata tak bagus, tapi kalau dah tepu sangat penuh dengan mesej, kita boleh blur sekejap sebab letih. Aku faham, director kalau boleh nak sampaikan apa yang terkandung dalam novel tu.
2. Banyak sangat nak part sedihnya ni. Baru nak nangis bahagian ni, datang pula bahagian seterusnya pulak. Tak puas nangis part tadi dah datang part lain. Hahaha.. Aku tak tahu kalau perempuan macam mana. Mungkin kalau wanita/perempuan just follow the feelings la kot. Kalau boleh, biarlah berselang-seli kisah sedih atau touchingpart tu. Bagi penonton habis feelmoment tadi baru layan.
3. Aku tak nak kritik konon "mana ada orang macam tu, letak cannute dekat hidung dengan tong oksigen". Pada aku, benda tu adalah ciptaan story dari penulis novel John Green dan benda tu tak boleh diubah. At some part kita tak boleh letakkan logik dengan ketetapan cerita tersebut, macam contoh cerita The Purge : Anarchy, orang kata "sebelum tembak, rogol la dulu, buat seks dulu, baru bunuh". Tapi dah ketetapan cerita nak bunuh orang je, kita just hormati & watch the story je la.
Rasanya itu je yang mampu aku tulis sebab cerita ni sangat play safe & penuh fakta biologi, kajian secara terperinci yang membuatkan cerita ni tak perlu dirungkai. Apa yang penting adalah, korang cuba tempatkan diri korang dengan Hazel atau Gus & hayati. Sekurang-kurangnya filem ni mewujudkan rasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Tak ramai yang bernasib baik macam kita & kemungkinan orang macam Hazel & Gus ni memang wujud. Solive in your life, kematian bukan penghujung cerita & jangan mudah mengalah.
Keseluruhan filem : 4 / 5 bintang
Macam biasa, just leave your comment below untuk sebarang input yang tak cukup atau perlu aku ubah. Terima kasih ! ^_^
p/s: kepada peminat tegar The Fault In Our Stars, boleh rujuk Q&A bersama John Green. Rujuk : John Green Books
No comments:
Post a Comment
Bagi Feedback Korang! :D