** PERHATIAN : RUANGAN INI MENGANDUNGI SPOILER! **
Fahaman Aku
Seperti yang kita tahu, dunia dah berada dalam kehancuran & manusia dikesan merebaknya virus The Flare yang memakan otak, menjadikan dia tidak waras dan dahagakan darah manusia. Jadi
company WICKED ni buat satu
plan untuk buat manusia
immune dengan virus Flare ni & salah satunya adalah dengan ujian
maze. Siapa yang dapat lepas
maze, maksudnya dia boleh ke tahap seterusnya & akan di
recruit dalam tentera. Jadi, aku simpulkan beberapa benda berdasarkan fahaman aku selepas menonton cerita ni.
1.
Kenapa budak²
especially lelaki yang dihantar ke The Glade adalah sebab diorang masih mempunyai
immunity yang tinggi dan otak masih cerdas. (orang kata masih mentah atau
innocent la)
2.
Ada kemungkinan, budak² ni adalah budak yang pernah terkena virus The Flare, dan WICKED terpaksa neutralizekan budak² ni dengan masukkan dalam capsule air (yang nampak macam lemas dalam kotak kaca tu) & bagi suntikan hilang ingatan.
3.
Kenapa suntikan hilang ingatan, adalah sebab nak pastikan virus The Flare tu tak datang balik. Ibarat format computer & virus hilang dan data hilang.
4.
The Maze adalah ujian pertama budak² ni sebab nak pastikan WICKED dapat build kecerdasan & kecergasan otak diorang sebab nak lawan dengan virus The Flare yang lagi kuat dekat luar sana.
5.
Yang betul² menggunakan otak dan
fully utilize ujian
maze tu sendiri adalah Minho, sebab dia hafal, petakan & buat
blueprint The Maze hampir 3 tahun.
6.
Kenapa ahli Gladers ni tak diberi bantuan masa pintu The Maze terbuka waktu malam tu, sebabnya diorang ni sepatutnya mati dah awal² (rujuk
point 2). Kira nasib la kalau diorang yang selamat tu.
7.
Tujuan utama diorang adalah nak cari ahli tentera yang betul-betul berkualiti, mempunyai daya tahan yang kuat, ada
survivality, dan mental fizikal yang kuat.
8.
Thomas dan kawan² yang lain merupakan salah satu
batch group untuk ujian tersebut.
9.
Tak mustahil WICKED akan berterusan untuk mencari pelapis tentera baru dengan menguji 60 budak lelaki lain. (maksudnya The Glade & The Maze akan sentiasa ada orang).
10.
Mayat-mayat dalam
lab masa diorang tengok
video message WICKED
president (yang perempuan tu), ada kemungkinan hanyalah
wax atau patung lilin yang kelihatan seakan-akan
real. Padahal sebenarnya bukan mayat yang sebenar.
11.
Untuk sambungan filem seterusnya, WICKED
president, akan terus bermain wayang yang dia sebenarnya sudah mati. Tetapi pada akhir akhir ujian budak² ni, dah tiba masa untuk
reveal segalanya.
Persoalan & Kritikan
Memandangkan filem ni adalah adaptasi daripada novel
The Maze Runner written by James Dashner, jadi kita tak boleh nak kritik banyak sebab mungkin ada kekangan yang tak dapat dielakkan. Aku tak baca novel tu jadi aku tak se-arif mereka yang membaca. Ada kemungkinan apa yang berlaku adalah hanya untuk memenuhi syarat jalan cerita novel dan pengarah itu sendiri.
1.
Fungsi watak Teressa tak menonjol dan ianya sekadar watak
incidental. Mungkin dia akan lebih menonjol untuk filem sequel seterusnya.
2.
Terlalu banyak bercakap berbanding
action. Benda boleh jadi lebih menarik.
3.
Perbanyakkan berlari di dalam
maze sebab tajuk pun dah menarik.
- Boleh je berlari dalam maze sambil menerangkan kisah sebenar/pantang-larang tempat tu.
- Perbanyakkan scene maze berubah dari satu masa ke satu masa dari eagle-eye view, sebab orang nak tengok kebijaksanaan diorang untuk lolos dari situ.
- Tak kisahlah kalau diorang hafal maze ke tak, asalkan tembok maze tu kerap berubah & asalkan konsep pintu maze ditutup setiap malam. Logik la, diorang nak selamat juga dari Griever tu.
4.
Untuk pertama kali yang Thomas & Minho bawa
key tu dekat seksyen 7, kenapa pintu tak paparkan
require password macam ending filem tu?
- Apa la fungsi keluar laser merah & scan? Mungkin pada asalnya mengharapkan untuk membuat perbezaan samada yang datang tu adalah Griever atau manusia. Kononnya kalau discan adalah manusia, pola tembok seksyen 7 berubah, timing pintu maze pun berubah & kerahan Griever makin banyak. Adakah motif ini adalah untuk memberikan cabaran lagi kepada ahli Gladers?
- Confirm² je diorang ke seksyen 7 pada scene last tu & confirm² je pintu akan terbuka untuk jalan keluar. Padahal sebelum ni bagai nak rak dinding semua nak tutup. Ibarat kau dah tau situ ada trap, tapi kau nak pergi juga.
5.
Ada 8 seksyen, tapi yang diketengahkan seksyen 7. Kononnya kotak bungkusan
supplies yang selalu dihantar ada nombor 7 & itu adalah
clue untuk jalan keluar. Ada kemungkinan
director nak jimatkan masa durasi filem ini?
Keseluruhan filem : 3.8 / 5 bintang
Jadi itu sahaja
Persoalan & Kritikan yang dapat aku kongsi. Kalau apa yang korang rasa persoalan korang tak terjawab, boleh tengok pada
Fahaman Aku, sebab mungkin aku dah terangkan dekat situ. Kalau ada rasa nak
share pandang atau persoalan korang pun boleh je.
Just tinggalkan dalam ruangan komen. Terima kasih!
Okeyyy.. banyak tak paham sebab kena pi tengok sendiri.
ReplyDeleteA'ah.. kena pergi tengok dulu.. go go!
ReplyDeleteMimpi la aku nak pi tengok wayang time2 cenggini. Sape nak jaga syauqie ni ha.
DeleteBes jugak...nnt nk tgk..tgu astro pes je..hihi
ReplyDeleteA'ah..yang penting tak bosan pun tengok..
Deletetunggu donlod lah...nasib ada review detailed ver..
ReplyDeleteboleh je.. btw thanks bro! movie lain akan disusuli.. :)
DeleteDa tengok. Memang best gak la.
ReplyDeleteYupp...orang tgk pun puas hati jgk la..
DeleteThomas dgn teressa mcm special je..sape dorg?minta pencerahan tuan director..kikiki
ReplyDeleteni sebenarnya filem adaptasi dari novel.
Deletesequel seterusnya adalah The Scorch Trials..
so spotlight untuk Thomas & Teressa tu confirm ada.. hahah