Merungkai persoalan terhadap karya penulis skrip dan imaginasi pengarah.
Lucy (2014)
IMDb
A woman, accidentally caught in a dark deal, turns the tables on her captors and transforms into a merciless warrior evolved beyond human logic.
Genre
Action | Sci-Fi | Thriller
Al-Kisahnya
Movie ni pasal seorang wanita, iaitu Lucy yang menjadi mangsa keadaan tokan dadah dekat Taiwan. Secara tak langsung, Lucy discover yang dia ada kuasa luar biasa.
Mula² Lucy dekat luar hotel di Taiwan dengan skandal seminggu dia, Richard. Richard mintak Lucy untuk bagi satu briefcase ni kepada Mr. Jang, ketua si tokan dadah. Lucy tak nak sebenarnya, tapi dah dipaksa sampai tangan dia kena gari dengan briefcase, terpaksa la pergi hantar jugak. Lepas Lucy dah sampai dekat receptionist, ada beberapa insiden yang berlaku sampai Lucy cuak gila. Sampai lah dapat dihantar jumpa Mr. Jang. Lucy kena abuse dengan gengster² ni & disuruh untuk buat kerja untuk dia, tapi Lucy menolak. So Lucy pun kena la sebijik sampai pengsan.
Lepas tu, bangun² je Lucy perasan perut dia ada kesan jahit yang masih baru. Lucy keluar & tanya kenapa diorang buat benda ni. Rupanya Mr. Jang dah masukkan dadah biru tu dekat dalam perut dia. Bukan Lucy je jadi mangsa, ada lagi beberapa orang lelaki yang jadi mangsa pemerdagangan dadah dalam perut dia supaya tak dapat dikesan pihak berkuasa.
Long story shorts, Lucy dibawa ke satu bilik tahanan sebelum berangkat esoknya. Masa tu ada dua orang samseng cuba sexual abuse Lucy. Lucy pun bengang dengan bertindak balas negetif. Lepas tu, samseng ni pun belasah la Lucy. Dia sepak perut Lucy banyak kali sampai kawan dia suruh stop. Lucy pun kesakitan la dengan perut baru lepas jahit & tak sembuh sepenuhnya.Disini graf jalan cerita Lucy mula berubah. Disebabkan samseng tu pergi rembat perut Lucy, darah dia dah bercampur dengan dadah biru tu & Lucy mengalami side effects yang dasyat.
Disamping jalan cerita ini menceritakan tentang Lucy, Professor Norman (pelakonnya adalah Morgan Freeman) pula sedang rancak menceritakan atau buat presentation about brain. Dia terangkan bahawa otak manusia secara puratanya hanya mencapai tahap 10% in accessing their cerebral. Disetiap peringkat yang otak mampu capai ada kelebihannya. Namun menurut Professor Norman, itu semua hanyalah teori sahaja sebab tak pernah ada manusia yang mampu menggunakan otaknya lebih dari yang kita sangkakan.
Apa yang berlaku kepada Lucy selepas tu?
Apakah kelebihan yang mampu dilakukan bila otak mencapai tahap penggunaan 100%?
Sila lah tonton movie ini sendiri ok!
Dah tengok atau Nak Lagi Details :
** PERHATIAN : RUANGAN INI MENGANDUNGI SPOILER! **
Fahaman Aku
Filem ni merupakan salah satu filem yang sangat menarik. Personally aku suka filem macam ni & berharap sangat Malaysia boleh hasilkan genre atau jenis-jenis filem yang berbentuk intellectual, fresh, deep message to be delivered etc. Sampai bila filem Malaysia nak stay dengan genre komedi atau cinta yang impaknya hanya seketika sahaja? Ibarat habis madu, sepah dibuang. Mungkin juga demand di Malaysia yang hanya suka dibuai dengan filem sebegitu. Tapi pada aku, sampai bila-bila pun tak akan maju sebab pembawakan filem itu tak memberi impak dalam hidup kita. Kita kena inga bahawa, filem juga merupakan satu dakwah. Jadi pembikinan filem biarlah bermanfaat. So jom kita rungkai beberapa perkara yang ada dalam filem ni:
1. Dadah biru yang dimaksudkan dalam filem ni dikenali sebagai CPH4. Menurut filem ini, dadah ini mempunyai ciri dan fungsi yang sama seperti molekul yang terhasil pada minggu ke-6 kehamilan manusia.
Molekul yang terhasil tu sebenarnya betul & wujud. Cuma term atau nama sebenarnya yang dikenakan bukanlah CPH4. Luc Besson (pengarah & penulis skrip filem Lucy) hanyalah mewujudkan term tu sebab nak memenuhi logik jalan cerita dia.
Diikutkan kajian saintifik secara realiti, molekul yang terhasil waktu minggu ke-6 kehamilan hanyalah dalam kuantiti yang sedikit.
Logically memang ada molekul substance yang membentuk untuk menghasilkan bayi.
"And her pituitary gland, which releases hormones, is forming, along with the rest of her brain". Sila periksa : Fetal development - 6 weeks pregnant
Menurut wikipedia, CPH4 bermaksud 6-carboxytetrahydropterin synthase dan perkara ini disangkal mengatakan term untuk molekul minggu ke-6 kehamilan bukan CPH4. Rujuk : Is CPH4 Real?
Bagi merungkai persoalan ini, Luc Besson nak cuba sampaikan bahawa macam mana kalau molekul penting tu kita terima dengan kuantiti yang tinggi. Ada kemungkinan tahap penggunaan otak kita melebihi 10% dan dapat menjangkaui apa yang tersirat yang belum kita ketahui lagi.
Dont take it seriously, ianya hanyalah satu percikan api Luc Besson untuk kita semua berfikir dalam segala kemungkinan, ada logiknya. Sama jugak macam filem Inception, mesti orang berfikir yang adakah kita semua ni real hidup di alam mimpi atau di waktu sekarang ini.
Just an outside of the box punya cerita. Ianya hanyalah fiksyen semata-mata, cuma probability tu mungkin ada. Terpulang untuk masing-masing menilai.
2. Tujuan untuk kita hidup adalah untuk mencari ilmu. Itu yang cuba disampaikan oleh Luc Besson bahawa hidup tak pernah cukup tanpa ilmu. Lagi banyak ilmu, ada kemungkinan lagi tinggi tahap penggunaan otak yang dapat kita akses.
Secara logik akal, sebenarnya memang boleh kita possessed sesuatu kuasa tu bila dah sampai ke tahap tertentu.
Sebagai contoh, pernah dengar tok guru silat, atau ustaz yang tinggi ilmu boleh terbang? Senang cerita, lagenda melayu Selendang Merah (atau mungkin ada yang lain) buat parang terbang masa tragedi 13 Mei? Semua tu ada kemungkinan, cuma kena penuhkan ilmu dan unlocksome partof the brain.
Albert Einstein yang begitu popular dengan teori E=MC² pun, otaknya dijadikan bahan kajian saintis dan dipercayai beliau telah menggunakan kapasiti otak sebanyak 20%! Sama macam dolphin, haiwan paling bijak di dunia!
Menurut persetujuan umum, otak yang paling tinggi penggunaannya dari Albert Einstein adalah Michael Nostradamus. Beliau mempunyai kuasa yang sangat luar biasa hingga dapat menafsir masa hadapan termasuklah dengan kebangkitan Hitler. Rujuk : Answer.com
Kupas sikit pasal Nostradamus, mengikut fahaman orang² Islam, datuk & ayah dia terlibat dalam mencuri manuskrip berharga dari BaitulMaqdis, Baghdad, Mesir dan negara² Arab lain sebelum berhijrah ke Perancis.
Manuskrip tu dipercayai merupakan kitab² wali Islam yang mencatatkan kejadian masa hadapan. Wallahualam. Tak tahu betul ke tidak. Korang boleh google sendiri dengan keyword 'Nostradamus curi hadis'. Boleh jugak rujuk blogger Story Pondok Kecil.
3. Dekat ending punya cerita, Lucy tiba² hilang. Tu maksudnya dia dah mencapai tahap 100% yang mana dia dah tahu semua perkara di dunia termasuklah sekecil-kecil zarah hingga sebesar-besar alam semesta.
Dia dah tahu maksudnya dia dah unlock the wholecapabilitiesof her brain & dapat kesemua ilmu yang wujud di dunia ni.
Mencapai tahap 100% maksudnya, Lucy dah tak perlu mencari ilmu (sebab dah penuh) & hanya lakukan apa yang dia nak dan apa yang perlu sahaja.
Kenapa Lucy hilang adalah sebab kebolehan dia mengawal atom² dan sekecil-kecil zarah dari diri dia untuk bersatu dengan atom² dan zarah alam semesta. Penyatuan ini membuatkan dia menjadi satu bentuk infiniti atau tak berpengakhiran.
Come on, dia boleh kawal segala-galanya kot. Aku memang dah dapat predict dah yang dia akan hilang masa nak capai 100% tu sebab it does make sense. Ibarat kau dah tahu apa yang kau belajar dalam kelas, buat apa kau nak belajar lagi benda yang sama. Sebab tak perlu kot buat benda yang kau dah sememangnya tahu.
Senang cerita, contoh, kau dah tau nak adik kau kuat membebel, kau nak layan ke dia? Sama la jugak, budak pandai akan lebih diam & bertindak bijak dari melatah & memberontak. Lucy dah tahu semua benda dekat dunia, baik dia hilang pergi tempat² menarik je sebab she's everything!
Lucy hilang & dapat elak dari kena tembak. Confirm² la dia boleh tahu apa yang akan terjadi. Lebih-lebih lagi dia boleh pulak pergi ke zaman batu monyet evolusi teori Darwin sampai lah kewujudan bumi melalui proses Big Bang Theory.
4. Menjadi lebih berilmu kesannya tidak membahayakan kerana kita tahu bertindak mana yang baik dan mana yang tidak. Lucy boleh je bunuh samseng² & orang² jahat yang dia nak. Tapi buat apa dia nak bunuh, sebab dia tahu perkaranya tak akan selesai kalau membunuh & kesalahan orang lain merupakan satu proses pembelajaran dalam kehidupan.
5. Dari sudut Islam, jika diteliti sebenarnya Lucy ni dah bercanggah dengan fahaman Islam dan boleh jatuh syirik. Sebab kuasa Lucy dah menjangkaui tahap Tuhan yang mana she's everything.
6. Ok ini merupakan persoalan panas oleh rakyat Malaysia khususnya. Kenapa Lucy jadi pendrive? Hahaha.. sebenarnya dia tak jadi pendrive pun. Dia dah hilang dah bersatu dengan alam and she's everywhere.
Pendrive tu sebenarnya merupakan satu medium peranti yang ingin Lucy sampaikan kepada saintis² dan para pengkaji tentang otak tu.
Saintis² yang ada dengan Professor Norman waktu tu, Lucy diberikan induce CPH4 semata-mata untuk membantu mencapai tahap 100% sebab Lucy perlukan lebih untuk hidup atau dirinya dimakan sesuatu yang tak dapat dilawan atau proses pereputan.
Dalam proses induce CPH4 ni, Lucy menjadi tak terkawal sebab itu satu perkara yang baru dia belajar, iaitu memanipulasi diri dengan atom² yang lain dengan tahap yang lebih tinggi. Lucy hanya mengarahkan sesuatu melalui otak je, so tak perlu susah payah nak berjalan kehulu-kehilir. Benda semua benda dah boleh pakai otak, buat apa nak susah² kan?
Dalam pada masa tu juga, dia mengumpul semua data² dan maklumat² yang apa saintis² & Professor Norman mahukan. Proses collecting & gathering data bermula sampai wujudnya serverhigh-end technology yang mampu menceritakan/merungkai semua benda yang kita nak.
Kenapa server & kenapa pendrive adalah sebab, dua benda tu merupakan teknologi yang mudah difahami pada zaman ini, sebab semua orang familiar. Lucy boleh je bagi dalam betuk lain yang tak pernah wujud dekat dunia ni, tapi diorang saintis² ni pandai ke nak guna?
Sebagai contoh, kau belajar sekolah matematik darjah 6, perlu ke aku bagi kau soalan quantum physics? atau senang cerita, kalau kau bagi komputer desktop dekat orang zaman batu, ada dia tu pandai guna? So sebab tu Lucy guna server sebagai alat pemprosessan maklumat & pendrive sebagai alat peranti untuk share maklumat. Ada kemungkinan pendrive ni berkapasiti besar & cukup untuk merungkai/menjawab persoalan saintis² & Professor Norman tu sendiri. Kalau bagi external-harddisk jadi berat & menyusahkan lah pulak kan.
Sama jugak konsep Lucy berkomunikasi dengan inspektor polis Pierre Del Rio melalui mesej phone dia.
Atau term lain yang boleh korang faham, Lucy ibarat ke kandang lembu mengembu, kekandang kambing mengembek, kekandang harimau mengaum. Sama la jugak Lucy berada di zaman teknologi sekarang, dia sediakan apa yang diorang selesa & faham.
7. Selit sikit, Lucy lagi hebat dari Professor Charles Xavier, mutant X-Men yang paling kuat dalam seni mentalist. Hahah...
8. Suka pemikiran pengarah filem ni sebab logik.
9. Lucy jadi immortal. Mungkin ya, mungkin tidak. Tapi rasanya dia immortal.
7. Apa pun kebolehan otak kita untuk menjangkaui tahap seperti Lucy merupakan rekaan semata-mata. Betul ke tidak, itu semua tolak tepi. Yang penting kita hidup kena berilmu dan tak pernah jemu mencari ilmu sebab ilmu mematangkan kita & bertindak lebih bijak dari orang lain.
8. Dari sudut lain jika ingin berfikiran secara subliminal message, Lucy mungkin merupakan nama singkatan bagi Lucifer atau syaitan. Tak tahu lah betul ke tidak sebab nama penulis skrip & pengarah pun Luc Besson. Mungkin Lucy ilham dari nama Luc sendiri.
Persoalan & Kritikan
Persoalan bagi filem ini agak kurang untuk dibincangkan sebab kebanyakkannya dah diceritakan dalam kolum atas tadi :
1. Dari segi fitrah manusia, agaknya Lucy ni bernafsu tak? Rasanya pada aku tak, sebab dia dah dapat segala-galanya yang dia nak & dia dah tau apa yang akan berlaku. Ibarat dah bosan tak tau buat apa, baik tidur je. Yedokk??
2. Mungkin pengarah boleh share sikit kehidupan Lucy selepas itu, apa nasib keluarga Lucy dan sebagainya?
Keseluruhan filem : 4.5 / 5 bintang
Aku dah tak tahu nak tulis apa dah. Kalau korang rasa ada yang tak cukup & nak tambah dekat mana² atau korang nak share pendapat sendiri, dipersilakan inform aku dekat mana² saluran yang korang boleh contact aku termasuklah comment dekat sini. Thank semua sebab sudi baca! :)
bg aku unsur selingan tu menarik kot... its part of seni pengarah tu ....
ending mungkin mengarut sebab korang nampak dia as a pendrive which actually she is not the pendrive she become someone like Transcendence.
Mungkin orang kat Malaysia nakkan ending versi gempak2, so instead on come out with pendrive maybe pengarah patut magnified ending "pendrive" tu jadi something yang more powerful so, let say Biological Hard drive yg x wujud lagi pada zaman sekarang. So pengarah dapat bawa imaginasi penonton (which pengarah kena faham x semua orang power berimaginasi), bila dia pilih pendrive orang akan fikir takat pendrive je. Dan instead of hilang dari pandangan umum, pengarah should show after effect 100% tu, mungkin pergerakan Lucy ke alam lain, planet lain and so on.
Macam aku kata pengarah kena mind setkan diri dia semua orang x tahu berimaginasi, itulah punca utama kenapa orang kata ending ni mengarut which is not for me.
Dolphine 20% = Blh menghasilkan sonar yg lg tepat dri radar submarine
ReplyDeleteLucy 100% = Pendrive!!!
Ending kureng sbb bg ak yg plg byk org nk tgk time jd 100%..kn?ke x?
ye sebab tu aku tulis dekat bahagian kritikan, mungkin pengarah boleh share sikit kehidupan Lucy lepas tu.
Deletepasal pendrive tu, refer bahagian 'Fahaman Aku' point 6. nanti ko faham kenapa pendrive.. huhu
ending agak mengarut.. tapi jalan cerita menarik.. tapi ada unsur selingan macam ada binatang berkejar an tu agak serabut
ReplyDeletethat's what commonly people said.. well, boleh tengok dekat kolum fahaman aku tu, untuk terangkan kenapa ending dia jadi macam tu...
Deletebut i still respect others pnye fahaman jgk.. hehe
bg aku unsur selingan tu menarik kot... its part of seni pengarah tu ....
Deleteending mungkin mengarut sebab korang nampak dia as a pendrive which actually she is not the pendrive she become someone like Transcendence.
Mungkin orang kat Malaysia nakkan ending versi gempak2, so instead on come out with pendrive maybe pengarah patut magnified ending "pendrive" tu jadi something yang more powerful so, let say Biological Hard drive yg x wujud lagi pada zaman sekarang. So pengarah dapat bawa imaginasi penonton (which pengarah kena faham x semua orang power berimaginasi), bila dia pilih pendrive orang akan fikir takat pendrive je. Dan instead of hilang dari pandangan umum, pengarah should show after effect 100% tu, mungkin pergerakan Lucy ke alam lain, planet lain and so on.
Macam aku kata pengarah kena mind setkan diri dia semua orang x tahu berimaginasi, itulah punca utama kenapa orang kata ending ni mengarut which is not for me.
perkataan Transcendence ko pun dah bombastik.. hahah
Deleteye la, mgkn pengarah kena buat Lucy bawak saintis² ke satu tempat & bagi pendrive or what so ever..
probably orang nak senang faham terus so, dengan penjelasan Lucy macam aku cakap tadi mungkin dorang bleh terima kenapa pendrive..